Pengguna WhatsApp Beta Kini Mula Terima Kemas Kini Dengan Sokongan Mod Gelap Comments Off on Pengguna WhatsApp Beta Kini Mula Terima Kemas Kini Dengan Sokongan Mod Gelap

Berita tentang sokongan mod gelap pada aplikasi paling banyak dimuat turun sepanjang tahun 2019 iaitu WhatsApp bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana mod gelap untuk aplikasi itu telahpun diuji secara tertutup pada Mac 2019 yang lalu.

Selepas hampir 10 bulan diuji, kini mod gelap untuk aplikasi WhatsApp telahpun boleh digunakan oleh pemilik peranti yang menggunakan WhatsApp beta versi 2.20.13.

Namun berdasarkan pengamatan kami, mod gelap pada aplikasi WhatsApp ini dilihat lebih ke warna kelabu gelap, dan bukannya berwarna hitam. Malah ia juga dilihat masih mengekalkan sentuhan warna hijau pada bahagian tertentu pada keseluruhan antaramukanya.

Untuk mencuba sendiri mod gelap pada WhatsApp Beta ini, anda boleh menyertainya di Google Play Store atau klik pada pautan https://play.google.com/apps/testing/com.whatsapp.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend