Pengguna Samsung Galaxy S10 Kini Boleh Menikmati Kandungan HDR10 Di Netflix Comments Off on Pengguna Samsung Galaxy S10 Kini Boleh Menikmati Kandungan HDR10 Di Netflix

Netflix dilaporkan telah menambah senarai peranti yang menyokong kandungan HDR10 – kini menyertakan Samsung Galaxy S10e, S10, dan S10+ sekaligus membolehkan pengguna menstrim video yang lebih berkualiti.

Seperti sedia maklum, siri Galaxy S10 telah dilengkapi paparan yang dinamakan Dynamic AMOLED Infinity-O. Paparan ini membawakan resolusi FHD+ pada S10e dan QHD+ pada S10 dan S10+ malah menyokong ciri HDR10+ – menjadikan ketiga-tiga peranti ini yang pertama di dunia yang menyokong ciri tersebut.

Bagaimanapun penstriman kandungan HDR10+ pula, ia hanya boleh dimainkan di aplikasi Amazon Prime Video dengan bayaran bulanan serendah $2.99 (~RM12.19) untuk enam bulan yang pertama.

Baca juga:

Samsung Galaxy S10 Akan Mula Dijual Pada 8 Mac 2019 – Diikuti Tawaran Hadiah Menarik Di 3 Lokasi

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend