Pengguna iPhone Sekali Lagi Terima Kemas Kini Terbaru – iOS 13.2.2 Comments Off on Pengguna iPhone Sekali Lagi Terima Kemas Kini Terbaru – iOS 13.2.2 237

Sejak iOS 13 diperkenalkan, banyak isu kegagalan pada sesetengah fungsi dilaporkan oleh pengguna. Terkini, kemas kini terbaru telah dilepaskan menerusi perisian iOS 13.2.2. Boleh dimuat turun mulai hari ini pada iPhone 6s dan ke atas.

Saiz fail yang kecil memperlihatkan ia sebuah tampalan kecil pada kerosakan perisian. Isu aplikasi disegar semula sebaik pengguna menukar ke aplikasi lain kini telah dibaiki dan turut menyelesaikan isu selular yang dihadapi sesetengah pengguna. Selain itu, Apple juga telah membaiki beberapa isu kecil seperti masalah sambungan kuasa lightning dari pihak ketiga serta lain-lain lagi.

Terdahulu, Apple menawarkan fungsi Deep Fusion kepada pengguna iPhone 11, 11 Pro, dan 11 Pro Max dalam kemas kini iOS 13.2. Fungsi ini telah memberikan perincian gambar yang lebih tajam dan baik selain warna yang lebih jitu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend