Pengguna iPhone Kini Boleh Mengunci WhatsApp Dan Nyahkunci Menggunakan Face ID Comments Off on Pengguna iPhone Kini Boleh Mengunci WhatsApp Dan Nyahkunci Menggunakan Face ID

Awal pagi tadi WhatsApp telah melepaskan kemas kini aplikasi terbaharu untuk pengguna iPhone. Ciri yang ditambah masuk adalah daripada segi keselamatan iaitu penggunaan Face ID untuk menyahkunci aplikasi.

Memandangkan ciri nyahkunci ini hanya boleh dibuat menggunakan Face ID, jadi ia hanya ditawarkan kepada para pengguna iPhone X, iPhone XS, iPhone XS Max, dan iPhone XR buat masa ini.

Tetapan boleh dibuat menerusi bahagian Settings > Account > Privacy > Screen Lock. Seterusnya pengguna boleh tetapkan tempoh masa Face ID diperlukan. Pengguna boleh membalas mesej terus dari tetingkap notifikasi atau menerima panggilan walaupun WhatsApp telah dikunci.

Secara tidak langsung ciri ini dapat memberikan dua peringkat keselamatan dan privasi yang lebih menyeluruh kepada pengguna.

[Kemaskini] Pengguna iPhone yang memiliki Touch ID juga boleh menyahkunci iPhone mereka dengan membuat tetapan yang sama seperti Face ID di atas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend