Pengguna Instagram Kini Boleh Meminta ‘Blue Tick’ Untuk Akaun Mereka Comments Off on Pengguna Instagram Kini Boleh Meminta ‘Blue Tick’ Untuk Akaun Mereka

Jika anda perasan akaun Instagram seperti individu terkenal, mereka ada tanda blue tick selepas nama mereka. Ini bermakna akaun tersebut telah disahkan oleh pihak Instagram dan ia bukan sebuah akaun palsu.

Kini, ciri itu telah diperluaskan kepada semua pengguna Instagram seperti anda dengan membuat beberapa langkah mudah. Anda perlu pergi ke bahagian Settings > Request Verification, selepas itu masukkan nama penuh dan gambar kad pengenalan atau lesen memandu atau pasport.

Instagram juga mengingatkan tidak semua permintaan pengesahan dijamin lulus. Bagaimanapun apa salahnya anda cuba dahulu bukan? Buat masa ini ia hanya tersedia di peranti iOS sahaja. Melalui ciri terbaru ini, akaun palsu atau pendua dapat dikurangkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend