Pengguna Huawei Nova 3i Kini Boleh Mengambil Gambar Malam Dengan Lebih Terang Comments Off on Pengguna Huawei Nova 3i Kini Boleh Mengambil Gambar Malam Dengan Lebih Terang

Super Night Shot Mode yang hadir pada peranti siri Huawei P20 dan siri Huawei Mate 20 membolehkan pengguna merakam gambar pada waktu malam dengan lebih terang serta jelas. Kini ciri tersebut telah ditawarkan kepada pengguna Huawei Nova 3i bermula 1 November 2018.

Super Night Shot Mode disokong teknologi AIS (penstabilan AI) menjanjikan pengalaman penggambaran pada cahaya malap yang lebih baik tanpa bantuan tripod. Melaluinya, pengguna Huawei Nova 3i kini dapat merakam gambar yang lebih berkualiti berbanding mod biasa walaupun cahaya persekitaran yang terhad.

Huawei Nova 3i dijana cipset Kirin 710, dibekalkan kuad-kamera 24MP, skrin FullView Display, serta tubuh badan gelas premium. Peranti ini juga adalah antara peranti yang menerima permintaan yang tinggi di pasaran semenjak ia dilancarkan pada bulan Julai lalu.

Jika anda diantara anda yang masih belum memiliki Huawei Nova 3i, anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga RM1,299 di https://shop.huawei.com/my.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend