Pengguna Huawei Mate 20 Pro Kini Boleh Mencuba Android 10 Q Beta Comments Off on Pengguna Huawei Mate 20 Pro Kini Boleh Mencuba Android 10 Q Beta

Semalam kami telah berkongsi senarai enam model telefon pintar Huawei yang akan menerima EMUI 10. Salah satunya ialah Huawei Mate 20 Pro yang mana peranti ini juga telah disenaraikan akan menerima versi beta Android 10 Q terlebih dahulu. Hari ini, versi beta tersebut telah mula tersedia kepada mereka yang menggunakan Huawei Mate 20 Pro.

Bagi yang berminat, pertama sekali anda perlu memuat turun aplikasi Huawei Beta Club di telefon pintar. Kemudian, masukkan Huawei ID (daftar jika masih belum ada). Seterusnya klik pada Personal / Join Project / Available Project dan log masuk untuk menyertai Join Beta Campaign. Setelah selesai, anda secara automatiknya akan menerima notifikasi kemas kini OTA.

Sekiranya anda bertukar fikiran dan ingin kembali semula kepada versi asal, anda boleh masuk semula ke aplikasi dan tekan ‘sign out’.

Melalui versi beta ini, pengguna boleh mencuba sejumlah ciri Android 10 Q terbaru dan menghantar maklum balas jika terdapat isu yang perlu diperbaiki. Selamat mencuba!

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Tersenarai Sebagai Salah Satu Daripada 15 Model Yang Layak Terima Android Q Beta

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend