Pengguna Huawei Dan Honor Boleh Tebus Hadiah Krismas Di Huawei AppGallery 0 487

Huawei AppGallery merupakan aplikasi yang tersemat di dalam peranti Huawei dan Honor. Melaluinya, pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi dan pada masa sama boleh menebus ganjaran hadiah.

Bersempena sambutan Hari Natal tidak lama lagi, Huawei AppGallery telah menganjurkan satu majlis pertemuan bersama peminat yang dinamakan ‘Huawei Christmas Night’. Pengguna bertuah yang terpilih akan menerima hadiah eksklusif di sana dan setiap seorang berpeluang memenangi hadiah daripada Palm Garden Golf Club, Poseidon’s Reserve Caviar & Oyster Bar, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Aerocentric, dan Viu.

Selain daripada itu, para pengguna Huawei AppGallery yang memuat turun mana-mana tema di ‘Carnival Themes Collection’ akan menerima baucar tunai Lazada dan Starbuck sehingga RM400. Disamping itu, untuk pembelian dalam aplikasi (in-app purchase), pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa Huawei Mate 20 Pro.

Bermula hari ini hingga 31 Disember 2018, pengguna yang memuat turun mana-mana aplikasi di Huawei AppGallery akan menerima tiket wayang TGV, diskaun 20% di Zalora, RM20 wang-kembali Shopback, baucar tunai Eatigo bernilai RM10, dan bermacam lagi.

Bagaimana untuk terima ganjaran?

  • Log masuk Huawei AppGallery menggunakan Huawei ID. (Jika tiada, boleh daftar)
  • Muat turun mana-mana aplikasi daripada ‘AppGallery Carnival Collection’ atau beli mana-mana tema di ‘Carnival Themes Collection’.
  • Buat pembelian dalam-aplikasi atau buat bayaran pembelian tema.
  • Secara automatik anda telah layak menyertai kempen ini.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend