Pengguna Huawei Dan Honor Boleh Dapatkan Baucar RM50 Dan Pelbagai Lagi Melalui Kempen RM1.6 Juta Ganjaran Comments Off on Pengguna Huawei Dan Honor Boleh Dapatkan Baucar RM50 Dan Pelbagai Lagi Melalui Kempen RM1.6 Juta Ganjaran

Bermula hari ini hingga 11 November 2018 pengguna peranti Huawei dan Honor boleh mendapatkan pelbagai hadiah ganjaran dalam kempen “Huawei AppGallery November Bash”. Pada kali ini Huawei telah memperuntukkan hampir RM1.6 juta hadiah keseluruhan kepada para pengguna. Kempen ini juga adalah sebahagian daripada menyambut kempen 11.11 yang bakal tiba tidak lama lagi.

AppGallery ialah aplikasi pra-pasang yang sudah tersedia di peranti Huawei dan Honor. Ini bermakna kedua-dua pengguna boleh menebus sejumlah hadiah antaranya seperti tambah nilai e-dompet Touch ‘n Go (RM10), pulangan-tunai ShopBack (RM20), baucar Huawei Store (RM50), langganan percuma KKBox (Premium), baucar membeli-belah Zalora (RM20), mata ganjaran Sunway Pals (300 mata), dan diskaun tiket penerbangan MAS (sehingga 10%). Difahamkan, pengguna perlu segera menebus ganjaran ini kerana ia terhad kepada 1,000 penebusan sehari.

Langkah-langkah penebusan:

Berita baik kepada pengguna siri Huawei Mate 20 pula, mereka secara automatiknya akan menjadi sebahagian dariapda ahli Mate20 VIP dengan mengimbas kod QR di mana-mana kedai Huawei. Melalui aplikasi Huawei VIP yang dimuat turun, pengguna VIP boleh menikmati hadiah bernilai sehingga RM10,000. Antara jenama yang mengambil bahagian adalah MAS, CARS International, Aerocentric, Los Flowerpeckers, Atlas Gourmet, Watches of Switzerland, Club 21, Sheraton Imperial KL, Gintel, Palm Garden Golf Club, Auto Bavaria, dan Maxis.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Huawei AppGallery sekarang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend