Pengguna Di Malaysia Bakal Menyaksikan Pelancaran Siri Huawei P30 Menjelang April 2019 Nanti Comments Off on Pengguna Di Malaysia Bakal Menyaksikan Pelancaran Siri Huawei P30 Menjelang April 2019 Nanti

Melalui ketirisan yang berjaya didedahkan sebelum ini, siri Huawei P30 telah dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi di Singapura pada 6 April 2019 nanti. Ini bermakna kemunculan pertama siri Huawei P30 di rantau ini dapat dilihat kurang dua minggu selepas ianya dilancarkan secara rasmi di Paris pada 26 Mac ini.

Siri Huawei P30 sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan di Singapura pada 6 April nanti.

Menurut Huawei Malaysia, pengguna di negara ini juga berkemungkinan besar akan turut menerima kehadiran siri Huawei P30 menjelang bulan April 2019 nanti. Walaupun tiada tarikh spesifik didedahkan buat masa ini, Huawei Malaysia juga turut mengesahkan pemberian hadiah percuma yang eksklusif dengan pembelian siri Huawei P30.

Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, hadiah percuma yang dimaksudkan adalah Huawei Backup 1TB yang membolehkan proses salinan data pada telefon pintar dibuat secara automatik ataupun manual. Bahkan ia juga berupaya menawarkan sokongan pengecasan pantas dengan output mencecah 22.5W.

Tonton majlis pelancaran rasmi siri Huawei P30 di Paris:

Baca juga:

Spesifikasi Lengkap Kamera Huawei P30 Pro Tertiris, Disahkan Akan Mula Dijual Di Singapura Pada 6 April 2019

Huawei Mungkin Menawarkan Pemacu 1TB Yang Boleh Mengecas Peranti Untuk Pembelian Siri P30

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend