Pengguna Apple Terpilih Di A.S. Sudah Mula Terima Apple Card Comments Off on Pengguna Apple Terpilih Di A.S. Sudah Mula Terima Apple Card 237

Pada Mac lalu dalam acara Apple Special Event, Apple telah memperkenalkan kad kredit mereka tersendiri yang dinamakan Apple Card.

Secara asasnya, ia berfungsi seperti kad kredit biasa tetapi memberikan lebih manfaat serta kadar faedah yang lebih rendah. Apple Card dibangunkan oleh Apple sendiri dan bukan bank, jadi ia lebih telus dan selamat digunakan.

Apa yang menarik tentang Apple Card, pengguna boleh mendapatkan pulangan tunai setiap hari untuk setiap transaksi yang dibuat. Tidak seperti kad kredit biasa, pulangan tunai ini sememangnya tunai yang boleh digunakan untuk pembelian masa hadapan atau dikreditkan ke dalam akaun bank sendiri.

Apple Card perlu ditambat pada aplikasi Wallet dan melaluinya pengguna boleh menguruskan akaun, menyemak bil semasa, memantau perbelanjaan, dan sebagainya.

Apple tidak mengenakan sebarang yuran untuk pengguna Apple Card termasuk tahunan, wang-pinjaman, lebih had, atau bayar lambat. Tujuan ia diperkenalkan adalah untuk memberikan pengguna Apple ketenangan minda dan kadar faedah yang paling rendah dalam industri.

Ketika ini, Apple Card telahpun diedarkan kepada pengguna Apple terpilih di Amerika Syarikat dan akan diperluaskan ke seluruh negara menjelang tahun hadapan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend