Penggodam Bocorkan 91 Juta Akaun Pengguna Di Tokopedia, Akan Dijual Di Pasaran Gelap Comments Off on Penggodam Bocorkan 91 Juta Akaun Pengguna Di Tokopedia, Akan Dijual Di Pasaran Gelap

Tokopedia merupakan sebuah platform jualan atas talian terbesar di Indonesia, baru-baru ini dilaporkan telah berjaya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan perkongsian pangkalan data pengguna yang telah berjaya digodam, ia mengandungi pelbagai maklumat pengguna di platform itu iaitu nama penuh, emel, nombor telefon, kod untuk reset kata laluan, kod pengaktifan emel, dan banyak lagi makluamt sulit pengguna.

Lebih memburukkan keadaan, penggodam itu telah dilaporkan akan menjual 91 juta rekod pangkalan data pengguna Tokopedia itu pada harga USD5,000 iaitu kira-kira RM21,488 di pasaran gelap (darknet).

Namun begitu, ada sumber dalaman Tokopedia telah memaklumkan bahawa berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, kebocoran maklumat itu tidak melibatkan kata laluan penggunanya. Malah mereka disarankan tidak berkongsi kod OTP (One Time Password) kepada sesiapapun, termasuk pihak yang mewakili Tokopedia.

Walau bagaimanapun perkara ini dilihat masih berisiko kerana dengan pelbagai maklumat lain pengguna yang telah berjaya diakses, pihak penggodam mungkin masih mempunyai cara untuk menyalahgunakan pangkalan data tersebut.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend