Pengesahan Identiti Google Accounts Kini Boleh Dibuat Menggunakan Kaedah Imbasan Cap Jari Comments Off on Pengesahan Identiti Google Accounts Kini Boleh Dibuat Menggunakan Kaedah Imbasan Cap Jari 145

Baru-baru ini Google telah mengumumkan ketersediaan satu lagi fungsi baharu yang mampu memudahkan lagi proses pengesahan identiti Google Accounts penggunanya. Jika sebelum ini pengesahan perlu dibuat melalui kemasukan kata laluan secara manual, kini proses itu lebih mudah dan praktikal kerana ia boleh dibuat menggunakan kaedah imbasan cap jari sahaja.

Menggunakan penambahbaikan ciri keselamatan berasaskan piawaian FIDO2, W3C WebAuthn dan juga FIDO CTAP, ia telah diperkenalkan oleh Google untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan dalam masa yang sama lebih terjamin keselamatannya.

Ciri keselamatan terbaharu daripada Google ini sudahpun tersedia digunakan pada peranti Pixel, dan ia dijangka akan mula diperkenalkan pada semua peranti Android 7.0 Nougat dan ke atas dalam masa terdekat ini.

melalui, sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend