Pengendali Telco Di UK Menganggap Sekatan AS Kepada Huawei Akan Membantutkan Pembangunan 5G Comments Off on Pengendali Telco Di UK Menganggap Sekatan AS Kepada Huawei Akan Membantutkan Pembangunan 5G 365

Gergasi China iaitu Huawei merupakan peneraju dalam pembangunan teknologi 5G. Bagaimanapun, penyertaan Huawei ini di kebanyakan negara telah menerima sekatan daripada Amerika Syarikat. Presiden Donald Trump mendakwa teknologi yang dibekalkan Huawei mampu menggugat keselamatan negara.

Bagaimanapun, bagi pengendali telco seperti di UK, mereka menganggap sekatan yang dilakukan terhadap Huawei mampu membantutkan pembangunan rangkaian 5G di sana. Syarikat-syarikat ini menyatakan kebimbangan mereka sekiranya teknologi 5G perlu ditukar walaupun pelaburan sudah dilakukan.

Perbincangan antara pengendali telco juga merasakan cadangan untuk beralih teknologi akan melambatkan penggunaan rangkaian 5G terutamanya pada peranti selular. Pada masa sama mereka perlu membeli peralatan baharu daripada pembekal lain. Tambahan, untuk memulakan semula proses pembangunan 5G daripada pembekal lain, mereka perlu mengujinya terlebih dahulu selama 12 hingga 18 bulan. Ini sekaligus melambatkan peralihan rangkaian 5G berbanding negara-negara Asia.

Terdahulu, Huawei dilaporkan akan menguji platfom 5G mereka di Asia Tenggara bermula di Thailand. Difahamkan pelaburan bernilai USD45 bilion (~RM183b) ini turut disertai oleh beberapa syarikat antaranya Nokia, Ericsson, telco Thailand, Koridor Ekonomi Timur (EEC), dan kerajaan Thailand.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend