Pengeluar Pakaian Diesel Tampil Dengan Jam Tangan Pintar Fadelite Comments Off on Pengeluar Pakaian Diesel Tampil Dengan Jam Tangan Pintar Fadelite

Acara CES 2020 yang mengumpulkan pelbagai jenama dari seluruh dunia turut disertai oleh Diesel. Bukan diesel yang diisi pada lori dan bas ya, ini adalah Diesel yang mengeluarkan pakaian. Kini mereka tampil dengan jam tangan pintar yang dinamakan Fadelite.

Fadelite hadir dengan variasi warna ceria sesuai buat pengguna milenia yang bergaya. Warna-warna seperti merah, hitam, biru, dan jernih ini didatangkan dengan rekaan tali getah yang turut menyaluti logam pada badan jam.

Fadelite menawarkan pemuka jam sebesar 43mm yang mana isi dalamanya dikuasakan SoC Snapdragon 3100 yang menjalankan Google Wear OS. Ia dipadankan memori berkeluasan 512MB RAM namun tiada sokongan NFC, GPS, dan pemantauan kadar degupan jantung.

Ini bermakna Diesel Fadelite tidak boleh dibandingkan dengan jam tangan pintar seperti Apple Watch, HUAWEI Watch GT, Garmin, dan seangkatan dengannya.

Harga yang dipinta adalah USD275 (~RM1128) seutas dan akan dijual mulai Mac akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend