Pengedaran Telefon Pintar Huawei Untuk Pasaran Global Dijangka Melepasi 200 Juta Unit Menjelang 25 Disember 2018 Comments Off on Pengedaran Telefon Pintar Huawei Untuk Pasaran Global Dijangka Melepasi 200 Juta Unit Menjelang 25 Disember 2018

Melalui laman sosial Twitter rasminya, Huawei Mobile telah mengesahkan jangkaan awal untuk melepasi rekod pengedaran 200 juta unit telefon pintar keluarannya menjelang 25 Disember ini. Pengumuman ini merupakan satu perkembangan positif, selepas berjaya mencatatkan seramai 65 juta pengguna siri Huawei Nova keluarannya.

Bahkan Huawei turut mengucapkan terima kasih buat semua penggunanya, dan berjanji untuk mempertingkatkan dan memperbaiki teknologinya pada masa akan datang. Komitmen berterusan yang diberikan oleh Huawei sememangnya membuahkan hasil apabila telah dinobatkan sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia selepas Samsung.

Adalah tidak mustahil sekiranya jenama Huawei akan terus mendominasi pasaran pada masa akan datang kerana siri Nova, siri P dan juga siri Mate keluarannya sering mendapat perhatian banyak pihak, kerana menjanjikan fungsi serta ciri-ciri inovasi yang menarik.

Baca juga:

Pengguna Huawei Siri Nova Kini Mencecah 65 Juta Orang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend