Pengedaran Telefon Pintar Global Untuk Suku Ke-3 Turun 3%, Huawei Catat Peningkatan Tertinggi 0 336

Melalui laporan yang baru sahaja dikongsikan oleh Counterpoint pada hari ini, pengedaran telefon pintar global telah menurun sebanyak 3% pada suku ke-3 tahun 2018 berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Perkara ini agak mengejutkan kerana ia merupakan penurunan buat pertama kali dalam tempoh 5 tahun.

Walaupun Samsung masih lagi berada di tempat pertama dengan 19% daripada perkongsian pasaran, ia telah merosot untuk suku keempat berturut-turut. Manakala pengedaran telefon pintar keluaran Apple yang berada di tempat ketiga pula dilihat tidak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Huawei yang berada di tempat kedua pula menyaksikan peningkatan pengedaran telefon pintar tahunan sebanyak 33% iaitu daripada 39.1 juta unit kepada 52 juta unit. Bahkan perkongsian pasarannya juga turut naik sebanyak 3% sekaligus merapatkan jurangnya dengan Samsung.

Laporan untuk suku ke-4 tahun 2018 ini mungkin menyaksikan peningkatan yang lebih tinggi untuk Huawei memandangkan siri Mate 20 dilihat telah mendapat sambutan yang sangat positif.

Apa yang menariknya, pengeluar telefon pintar dari China turut memperlihatkan peningkatan pengedaran telefon pintar global iaitu Xiaomi naik sebanyak 25%, Vivo naik 7% dan OPPO naik 4%. Malah pengeluar telefon pintar dari Finland iaitu HMD juga meningkat naik daripada 2.8 juta unit kepada 4.8 juta unit (kenaikan sebanyak 71%).

Miliki Siri Huawei Mate 20:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend