Pengedaran Telefon Pintar Global Menurun Sebanyak 37 Juta Unit Pada Februari 2020 Berikutan COVID-19 Comments Off on Pengedaran Telefon Pintar Global Menurun Sebanyak 37 Juta Unit Pada Februari 2020 Berikutan COVID-19

Melalui pendedahan yang dibuat oleh Linda Sui selaku Pengarah di Strategy Analytics, pengedaran telefon pintar global telah menyaksikan penurunan tahunan yang sangat besar iaitu mencecah 38%.

Berbanding 99.2 juta unit pada bulan Februari 2019, kini ia hanya mencatatkan pengedaran global sekitar 61.8 juta pada Februari 2020. Ini telah menyaksikan penurunan tahunan sebanyak 37 juta unit, disebabkan oleh pengurangan permintaan di Asia pada bulan lepas berikutan COVID-19.

Selain pengguna yang tidak boleh keluar atau tidak mahu keluar untuk mengunjungi kedai yang menjual telefon pintar, terdapat beberapa kilang pengeluaran telefon pintar di rantau Asia tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa disebabkan penularan wabak ini.

Sungguhpun terdapat petanda pemulihan di China, Strategy Analytics menjangkakan pengedaran telefon pintar global akan kekal lemah sepanjang Mac 2020 nanti. Ini berikutan virus COVID-19 telah merebak ke Eropah, Amerika Utara dan negara-negara lain di seluruh dunia, bahkan kebanyakan negara telah mengambil langkah pencegahan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend