Pengedaran Telefon Pintar 5G Global Bakal Cecah 5 Juta Unit Untuk Tahun 2019 Comments Off on Pengedaran Telefon Pintar 5G Global Bakal Cecah 5 Juta Unit Untuk Tahun 2019 501

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh Strategy Analytics, pengedaran telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G diramalkan akan mencapai 5 juta unit untuk sepanjang tahun 2019 ini. Berikutan kos pembuatan yang lebih mahal di awal kemunculannya, buat masa ini penawaran terhadap peranti itu akan dihasilkan dalam kuantiti yang terhad.

Malah pengeluar telefon pintar yang terlibat dengan pembuatan telefon pintar 5G ini juga telah didominasi oleh segelintir jenama sahaja, iaitu Samsung, Huawei dan juga LG. Manakala Apple pula sebelum ini dilaporkan akan hanya menawarkan model iPhone dengan sokongan 5G bermula tahun 2020 nanti.

Samsung Galaxy S10 5G merupakan antara peranti terawal hadir dengan sokongan rangkaian 5G di pasaran.

Menurut penganalisa senior di Strategy Analytics, Samsung dikatakan akan menjadi peneraju telefon pintar 5G untuk separuh pertama tahun 2019, dan ini jelas dapat dilihat melalui pelancaran peranti 5G di Korea Selatan serta Amerika Syarikat. Beliau turut meramalkan Huawei, LG, Xiaomi, Motorola dan beberapa jenama lain akan turut serta tidak lama lagi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend