Pengedaran Siri Samsung Galaxy S10 Dijangka Akan Cecah 60 Juta Unit Menjelang Hujung Tahun Ini Comments Off on Pengedaran Siri Samsung Galaxy S10 Dijangka Akan Cecah 60 Juta Unit Menjelang Hujung Tahun Ini

Menurut laporan yang telah dikongsikan oleh Digitimes, jumlah pengedaran siri Samsung Galaxy S10 dijangka akan mencecah 60 juta unit menjelang hujung tahun 2019 ini. Bahkan jika dibandingkan dengan siri Samsung Galaxy S9 yang diperkenalkan pada tahun lepas, model Galaxy S10e, Galaxy S10, Galaxy S10+ dan juga Galaxy S10 5G diramalkan akan mencatatkan peningkatan antara 10 hingga 15%.

Samsung juga kini dilihat semakin agresif dalam mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia dengan memperkenalkan pelbagai model baharu. Selain tampil dengan peranti mercu, Samsung turut mengukuhkan perkongsian pasarannya dalam segmen kelas pertengahan melalui pelancaran beberapa model seperti Galaxy M10, Galaxy M20, Galaxy A30 dan juga Galaxy A50.

Selain Galaxy A30 dan Galaxy A50, Samsung Malaysia turut menawarkan model Galaxy M20 untuk pasaran tempatan.

Apa yang pasti, pendekatan yang diambil oleh Samsung dengan penawaran pelbagai model baharu dan juga pengenalan antaramuka One UI, dilihat telah berjaya mengembalikan semula keyakinan pengguna terhadap jenama terkenal dari Korea Selatan ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend