Pengedaran Global Untuk Model HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Cecah Lebih 12 Juta Unit Comments Off on Pengedaran Global Untuk Model HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Cecah Lebih 12 Juta Unit

Dilancarkan pada September 2019 lalu, kemunculan siri HUAWEI Mate 30 telah menimbulkan sedikit kontroversi kerana ia tidak lagi didatangkan dengan Google Mobile Services (GMS). Sungguhpun begitu, pengedaran model Mate 30 dan Mate 30 Pro dilihat sedikitpun tidak menjejaskan jualan peranti ini untuk pasaran global.

Harga jualan rasmi HUAWEI Mate 30 dan Mate 30 Pro di Malaysia.

Rekod jualan ini telah berjaya dibuktikan melalui penjualan lebih 7 juta unit siri Mate 30 untuk pasaran global dalam tempoh dua bulan selepas ia mula dijual secara rasmi. Menariknya maklumat terbaru yang diperolehi, pengedaran siri Mate 30 untuk pasaran global kini telah berjaya mencatatkan lebih daripada 12 juta unit.

Dengan rekod jualan yang sangat memberangsangkan ini, HUAWEI dijangka mampu mencapai sasaran awalnya untuk mengedar lebih daripada 20 juta unit model Mate 30 dan Mate 30 Pro, sebelum siri Mate 40 diperkenalkan pada suku ketiga tahun depan.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Bakal Akhiri Tahun 2019 Dengan Pelancaran HMS Dan Rekod Jualan 230 Juta Unit Telefon Pintar

HUAWEI Menanda Dagang Nama ‘NovaBuds’ Untuk Fon Kepala Bluetooth Tanpa Wayar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend