Pengecas Tanpa Wayar AirCharge Hadir Dengan Ciri Kalis Air Serta Pengecasan Pantas 10W Comments Off on Pengecas Tanpa Wayar AirCharge Hadir Dengan Ciri Kalis Air Serta Pengecasan Pantas 10W

Tidak dinafikan bahawa Nanfu bukanlah satu jenama aksesori yang popular jika dibandingkan dengan Belkin ataupun mophie. Namun begitu ia boleh dikatakan sebagai salah satu daripada pengeluar aksesori terawal yang memperkenalkan pengecas tanpa wayar bajet khusus untuk iPhone X pada Disember tahun lepas.

Baru-baru ini Nanfu dilihat telah memperkenalkan satu lagi aksesori pengecas tanpa wayar terbarunya iaitu AirCharge yang jauh lebih baik. Berbeza dengan kebanyakan pengecas tanpa wayar sedia ada di pasaran, AirCharge kini menyokong ciri kalis air melalui pengiktirafan IP67.

Apa yang lebih menariknya, teknologi pengecasan pantas yang disokong oleh AirCharge dikatakan mampu mengecas sehingga 50% dalam tempoh 30 minit sahaja. Menurut Nanfu, teknologi dua teras yang telah diperbaharui ini bukan sahaja mampu meningkatkan induksi elektromagnetik, tetapi ia juga sesuai untuk teknologi pengecasan pantas tanpa wayar Apple (7.5W) dan juga Android (10W).

AirCharge kini sudahpun mula dijual di Tmall di China pada harga promosi iaitu CNY169 (kira-kira RM103), berbanding harga asalnya CNY278 (kira-kira RM169). AirCharge juga turut dijual di Taobao pada harga yang sedikit lebih mahal iaitu CNY288 (kira-kira RM175).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend