Pengecas Kereta Oppo SuperVOOC Diperkenalkan – Sokong Pengecasan 50W Comments Off on Pengecas Kereta Oppo SuperVOOC Diperkenalkan – Sokong Pengecasan 50W

Oppo hari ini memperkenalkan aksesori terbaharu mereka yang dinamakan SuperVOOC Car Charger. Pengecas kereta ini hadir dengan rekaan yang moden dan premium serta menyokong pengecasan pantas SuperVOOC dengan kuasa output sehingga 50W – menjadikan ia pengecas kereta pihak pertama paling pantas buat masa ini.

Pengecas kereta ini mampu mengecas ultra-pantas peranti yang menyokong teknologi SuperVOOC seperti Oppo R17 Pro (ada di Malaysia), Oppo Find X Flash Edition, dan Oppo Find X Lamborghini Edition. Selain daripada tiga model ini, ia juga mengecas pantas peranti Oppo yang lain seperti R17, R15, R15 Pro, dan R11s kuasa output sebanyak 20W.

Pengecas kereta ini juga boleh digunakan untuk mengecas peranti daripada jenama lain seperti Samsung, Huawei, Xiaomi dan sebagainya dengan kadar output cuma 10W sahaja – yang standard ada pada pengecas kereta lain.

Oppo SuperVOOC Car Charger akan dijual tidak lama lagi pada harga CNY199 (~RM121) untuk pasaran China. Bagi pasaran luar China, ia masih belum diketahui lagi tetapi tidak mustahil pengguna Malaysia boleh mendapatkannya secara dalam talian tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend