Pengasas Huawei Menafikan Syarikatnya Menjual Maklumat Kepada Kerajaan China Comments Off on Pengasas Huawei Menafikan Syarikatnya Menjual Maklumat Kepada Kerajaan China

Baru-baru ini kita sedia maklum tentang penahanan dua orang pekerja Huawei di Poland berkaitan isu risikan. Ia sekaligus memburukkan lagi reputasi Huawei sedia ada. Ada pihak mendakwa Huawei sengaja membekalkan peranti dengan aplikasi pra-pasang yang mampu mengumpul maklumat sulit peribadi untuk dihantar ke China.

Sementara di A.S. pula, kerajaan tempatan sedia menghalang syarikat di sana daripada menggunakan infrastruktur rangkaian 5G yang dibekalkan Huawei. Langkah ini seterusnya diperluaskan ke negara sekutu A.S. seperti di Australia.

Melalui laporan terbaru Financial Times, pengasas Huawei telah membuat kenyataan kepada umum yang mana dia mengatakan “saya masih sayangkan negara saya, saya menyokong parti komunis, tapi saya tidak akan mengancam mana-mana negara di dunia ini.”.

Ren Zhengfei turut memaklumkan bahawa di China tiada undang-undang yang mengkehendaki Huawei atau pengeluar lain untuk memasang ‘pintu belakang’ pada peranti atau peralatan telekomunikasi.

Ren buat masa ini cuba untuk menumpukan perhatian kepada negara yang menyokong Huawei. Tambah beliau, setakat ini terdapat 30 kontrak membabitkan Huawei dalam pembinaan infrastruktur rangkaian 5G di seluruh dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend