Pengasas Huawei Anggap A.S ‘Takut’ Kepada Syarikatnya Tapi Pada Masa Sama Bantu Mempromosikan Jenama Huawei Comments Off on Pengasas Huawei Anggap A.S ‘Takut’ Kepada Syarikatnya Tapi Pada Masa Sama Bantu Mempromosikan Jenama Huawei 546

Tekanan yang diterima Huawei tiada kesudahannya kerana baru-baru ini mereka dikecam oleh Presiden Donald Trump gara-gara melantik bekas pegawai keselamatan siber pentadbiran Barack Obama sebagai pelobi di Huawei.

Dalam kicauan Trump pada hari ini, beliau berkata pelantikan terbaru ini adalah tidak baik dan tidak boleh diterima.

Bagaimanapun, pengasas dan CEO Huawei, Ren Zhengfei berkata “Kami tidak akan mengikut telunjuk sesiapa untuk memasang ‘pintu belakang’. Perkara itu tidak akan berlaku sama sekali.”

Ren turut menganggap tuduhan pihak keselamatan A.S kepada Huawei membawa kepada mempromosikan jenama tersebut kepada semua orang dan ia menjadi perkara yang baik buat syarikatnya.

“Untuk negara yang paling berkuasa takut kepada syarikat kecil seperti kami membuatkan negara lain berkata ‘Produk anda sangat bagus sampai kerajaan A.S takut kepada anda. Kami tidak akan menguji produk anda, tetapi kami akan membelinya terus’. Mereka ini membeli produk kami dalam jumlah yang banyak kerana kerajaan A.S selalu menyebutnya.” kata Ren kepada CNBC.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend