Penganalisa Mendakwa Sebanyak 9 Juta Unit iPhone XR Terjual Pada Minggu Pertama Comments Off on Penganalisa Mendakwa Sebanyak 9 Juta Unit iPhone XR Terjual Pada Minggu Pertama

Pada minggu lepas penganalisa dengan reputasi tinggi berhubung analisanya tentang produk Apple telah mengeluarkan kenyataan bahawa pra-tempah iPhone XR adalah agak rendah berbanding pra-tempah untuk model iPhone XS dan XS Max. Nampaknya perkara itu telah disangkal oleh Jun Zhang dari Rosenblatt Securities melalui laporan baru yang sahaja dikongsikannya.

Melalui perkongsiannya itu, iPhone XR dikatakan telah mencatatkan jualan mencecah 9 juta unit pada minggu pertama jualannya di seluruh dunia. Walaupun angka ini dilihat sangat tinggi, jangkaan awal Jun Zhang sebelum ini adalah 10 juta unit dan dia turut menjangkakan Apple akan mengurangkan pengeluaran iPhone 2018 sebanyak 3 juta unit pada bulan November dan Disember nanti.

Tambahnya lagi memandangkan kos penghasilan iPhone XR, XS dan XS Max kini lebih tinggi berbanding sebelum ini, purata harga jualannya juga telah meningkat antara 8 hingga 10%. Ditambah pula dengan kehadiran iPad Pro 2018 serta MacBook baharu, Apple dijangka mampu menjana sebanyak US91.2 bilion (kira-kira RM381.2 bilion), sekaligus mencatat rekod baharu Apple.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend