Pengalaman Seketika Bersama Samsung Galaxy S20, S20+, S20 Ultra Versi Malaysia Comments Off on Pengalaman Seketika Bersama Samsung Galaxy S20, S20+, S20 Ultra Versi Malaysia

Telefon mercu premium pertama untuk tahun 2020 hari ini telah didahului oleh Samsung menerusi tiga model iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+, dan Galaxy S20 Ultra.

Spesifikasi yang boleh dikatakan cukup mantap membawakan paparan Dynamic AMOLED 2X Infinity-O QHD+ untuk ketiga-tiga model tapi dengan perbezaan pada ukuran skrin. Paparan tampil dengan kadar segar semula 120Hz walaupun anda menggunakan model asas, Galaxy S20 (tetapan default kepada 60Hz). Selebihnya teknologi paparan menyokong HDR10+ disamping skrin melengkung dengan bezel nipis untuk pengalaman imersif.

Samsung Galaxy S20+ dan S20

Dikuasakan cipset Exynos 990 (Snapdragon 865 untuk pasaran lain), Galaxy S20 dan S20+ hadir dengan memori 8GB RAM LPDDR5 manakala S20 Ultra memiliki 12GB RAM LPDRR5 yang mana ketiga-tiga dilengkapi storan seluas 128GB (mencapai 1.5TB dengan microSD). Tiada pilihan storan 256GB / 512GB untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Samsung Galaxy S20+ dan S20

Difahamkan, sokongan 5G hanya terdapat pada S20 Ultra dan disebabkan itu harganya juga mencecah RM5k. Soal bateri, model terkecil hingga ke besar menggunakan kapasiti 4000mAh, 4500mAh, dan 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W kecuali S20 Ultra dengan 45W. Sistem pengecasan berbalik masih lagi dikekalkan tapi dengan tingkat taraf menerusi teknologi Fast Wireless Charging 2.0.

Samsung Galaxy S20 Ultra

Beralih kepada bahagian kamera, ketiga-tiga telefon menyertakan konfigurasi sensor yang berbeza, trikamera pada S20 sementara kuadkamera pada S20+ dan S20 Ultra. Model paling atas iaitu S20 Ultra dilengkapi sensor 48MP dengan sokongan zum sehingga 100x manakala dua model dibawahnya pula berkongsi sensor telefoto yang sama iaitu 64MP yang boleh zum sehingga 30x. Ketiga-tiga hanyalah zum digital dan memerlukan tripod untuk gambar lebih sempurna. Seperti yang kami sebutkan tadi mengenai perbezaannya, kamera keempat pada S20+ dan S20 Ultra merupakan DepthVision Camera.

Hebatnya pada kamera kali ini, S20, S20+, dan S20 Ultra menyertakan sokongan rakaman video 8K. Menurut Samsung, walaupun rakaman video 8K tersebut dihentikan untuk seketika, pengguna masih boleh mendapatkan imej pegun yang tajam setingga 33MP. Gimik 108MP yang ada pada S20 Ultra adalah kombinasi 9-ke-1 gambar 12MP yang dirakam secara serentak.

Kami agak berkenan dengan antaramuka aplikasi kamera pada peranti ini. Terdapat view finder kecil di atas kanan semasa pengguna mengezum masuk. Ciri ini nampaknya sedikit sebanyak membantu kami mensasarkan objek yang berada pada jarak jauh. Selain itu, ciri Single Take yang diperkenalkan untuk peranti Samsung kali ini merupakan ciri yang tiada pada telefon pintar lain. Peranti akan menangkap beberapa keping gambar (lebih kurang 10 ke 12) dengan gaya yang berbeza seperti gambar bersudut luas, bokeh, video, video gerak pantas, dan banyak lagi berasaskan teknologi AI yang diintegrasi.

Cloud Blue, Cloud Pink, Cosmic Grey

Memandangkan pengalaman menggunakan ketiga-tiga peranti agak singkat, kami pasti banyak lagi benda menarik yang boleh diterokai pada siri Galaxy S20 ini. Sudah pasti, jika Samsung Malaysia memberikan unit ulasan, kami akan sediakan artikel yang lebih panjang dan terperinci buat anda.

Samsung Galaxy Buds+ (RM599)

Akhir sekali, Galaxy S20, S20+, dan S20 Ultra boleh ditempah bermula hari ini, 12 Feb hingga 26 Feb 2020 di wakil penjual terpilih seluruh Malaysia. Semak kedai-kedai yang mengambil bahagian di sini.

  • Galaxy S20 (4G) (8GB+128GB) – RM3599
  • Galaxy S20+ (4G) (8GB+128GB) – RM3999
  • Galaxy S20 Ultra (5G) (12GB+128GB) – RM4999

Spesifikasi

Galaxy S20 –

  • 6.2″ QHD+ Dynamic AMOLED 2X Infinity-O (3200×1440) 120Hz
  • Samsung Exynos 990 7nm 64-bit (2.7GHz+2.5GHz+2GHz)
  • Samsung One UI 2 + Android 10
  • 8GB LPDDR5 + 128GB + microSD (hingga 1TB)
  • 4000mAh Fast Charging 25W
  • Kamera belakang: 12MP f/2.2 + 12MP f/1.8 ultralebar OIS + 64MP f/2.0 telefoto OIS
  • Kamera depan: 10MP Dual Pixel AF f/2.2
  • LTE Cat.20, 4×4 MIMO, WiFi 802.11 a/b/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0, USB-C
  • Pengimbas cap jari bawah skrin Ultrasonic, pembesar suara stereo AKG Dolby Atmos (termasuk fon telinga), IP68
  • Warna: Cosmic Grey, Cloud Blue, Cloud Pink

Galaxy S20+ –

  • 6.7″ QHD+ Dynamic AMOLED 2X Infinity-O (3200×1440) 120Hz
  • Samsung Exynos 990 7nm 64-bit (2.7GHz+2.5GHz+2GHz)
  • Samsung One UI 2 + Android 10
  • 8GB LPDDR5 + 128GB + microSD (hingga 1TB)
  • 4500mAh Fast Charging 25W
  • Kamera belakang: 12MP f/2.2 + 12MP f/1.8 ultralebar OIS + 64MP f/2.0 telefoto OIS + DepthVision
  • Kamera depan: 10MP Dual Pixel AF f/2.2
  • LTE Cat.20, 4×4 MIMO, WiFi 802.11 a/b/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0, USB-C
  • Pengimbas cap jari bawah skrin Ultrasonic, pembesar suara stereo AKG Dolby Atmos (termasuk fon telinga), IP68
  • Warna: Cosmic Grey, Cloud Blue, Cloud Pink

Galaxy S20 Ultra –

  • 6.9″ QHD+ Dynamic AMOLED 2X Infinity-O (3200×1440) 120Hz
  • Samsung Exynos 990 7nm 64-bit (2.7GHz+2.5GHz+2GHz)
  • Samsung One UI 2 + Android 10
  • 12GB LPDDR5 + 128GB + microSD (hingga 1TB)
  • 5000mAh Fast Charging 45W
  • Kamera belakang: 12MP f/2.2 + 108MP f/1.8 ultralebar OIS + 48MP f/2.0 telefoto OIS + DepthVision
  • Kamera depan: 40MP PDAF f/2.2
  • LTE Cat.20, 4×4 MIMO, WiFi 802.11 a/b/g/n/ac/ax, Bluetooth 5.0, USB-C
  • Pengimbas cap jari bawah skrin Ultrasonic, pembesar suara stereo AKG Dolby Atmos (termasuk fon telinga), IP68
  • Warna: Cosmic Grey, Cosmic Black
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend