Penerimaan SMS Berhubung Penangguhan Ansuran Kenderaan Dari Maybank, Scam atau Tidak?! Comments Off on Penerimaan SMS Berhubung Penangguhan Ansuran Kenderaan Dari Maybank, Scam atau Tidak?!

Sejak semalam, tentang satu SMS berkaitan penangguhan ansuran kenderaan oleh MBB/MIB (Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad) yang didakwa dihantar oleh scammer untuk tujuan penipuan.

Perkara ini telah tular apabila ada beberapa individu yang dilihat telah mula memuat naik status di Facebook yang telah meminta orang ramai agar tidak membalas teks mesej tersebut kerana ia dihantar oleh scammer.

Menurut individu tersebut, perkara itu telah disahkan sendiri oleh pegawai bank. Antara sebab yang menguatkan dakwaan bahawa teks mesej itu adalah daripada scammer adalah pihak bank dikatakan tidak akan meminta nombor kad pengenalan pengguna dalam talian.

Memandangkan kami juga ada menerima teks mesej serupa yang dihantar melalui nombor ‘66628’, kami telah mengakses Facebook rasmi Maybank, dan dalam masa yang sama telah menghubungi pihak Maybank.

Hasilnya ternyata teks mesej yang dihantar menggunakan nombor tersebut adalah sah dihantar oleh pihak Maybank sendiri dan ia bertujuan bagi memudahkan pengguna untuk membatalkan penangguhan bayaran ansuran kenderaan selama 6 bulan (Moratorium).

Bahkan individu yang sebelum ini telah menularkan tentang perkara ini juga telah dilihat mula membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Maybank di atas kekeliruan yang ditimbulkan.

Pihak Maybank juga turut memaklumkan bahawa SMS tersebut akan dihantar kepada pelanggan secara berperingkat. Secara alternatif, jika pelanggan tidak bersetuju untuk menerima tawaran tersebut, mereka juga boleh emelkan permohonan ke alamat emel seperti berikut:

Pihak berkaitan akan respon kepada emel tersebut dalam tempoh 3 hari bekerja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://bit.ly/2WLMQvM – LOAN FAQ: Maybank’s Moratorium/Financial Relief Scheme.

Selain Maybank, kami juga boleh mengesahkan bahawa UOB juga telah menggunakan pendekatan yang sama untuk memudahkan pelanggannya untuk membatalkan penangguhan bayaran ansuran pinjaman (Moratorium) untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020 ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend