Penerimaan Kemas Kini EMUI 10 Untuk HUAWEI Y9 2019 Masih Tidak Dapat Disahkan?! Comments Off on Penerimaan Kemas Kini EMUI 10 Untuk HUAWEI Y9 2019 Masih Tidak Dapat Disahkan?!

Sebelum ini HUAWEI telah menafikan penerimaan kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10 untuk model HUAWEI Y9 2019 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Perkara ini secara tidak langsung telah mendorong untuk pemilik peranti ini untuk membuat satu petisyen kepada HUAWEI untuk memperkenalkan kemas kini EMUI 10 untuk HUAWEI Y9 2019. Malah setakat ini lebih daripada 2,000 pengguna telah menyertai petisyen tersebut.

Berikutan daripada itu, Twitter rasmi HUAWEI Mobile telah memaklumkan bahawa HUAWEI Y9 2019 akan menerima kemas kini EMUI 10. Jawapan itu dikongsikan selepas ada pengguna yang bertanya tentang penerimaan kemas kini untuk model tersebut.

Walau bagaimanapun di dalam tweet berasingan, HUAWEI India pula dilihat bertegas bahawa HUAWEI Y9 2019 tidak akan menerima kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10. Ini berikutan batasan perkakasan yang dikatakan tidak mampu mencapai spesifikasi perkakasan yang ditetapkan untuk prestasi optimum.

Pengumuman yang dibuat oleh HUAWEI ini bukan sahaja dilihat agak bercanggah dan mengelirukan pemilik HUAWEI Y9 2019. Tetapi dalam masa yang sama sekatan penerimaan kemas kini itu turut dipersoalkan kerana HUAWEI Y9 2019 dikatakan menyokong spesifikasi yang sama seperti sesetengah model lain yang telahpun menerima kemas kini tersebut.

Antara model lain yang telahpun menerima kemas kini EMUI 10, termasuklah HUAWEI Nova 4e (HUAWEI P30 Lite) dan juga HUAWEI Y9 Prime 2019.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend