Penerimaan Kemas Kini EMUI 10 Untuk HONOR Play Masih Belum Diputuskan Secara Rasmi Comments Off on Penerimaan Kemas Kini EMUI 10 Untuk HONOR Play Masih Belum Diputuskan Secara Rasmi 219

Pada minggu lepas, kebanyakan pemilik HONOR Play telah menunjukkan rasa tidak puas hati selepas HONOR India telah mengesahkan bahawa peranti ini tidak akan menerima sokongan kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10. Ini kerana menurut HONOR India, kemas kini tersebut memerlukan spesifikasi yang lebih tinggi untuk prestasi yang optimum.

Ternyata perkara ini tidak boleh diterima oleh kebanyakan pengguna kerana menurut mereka ada model lain yang memiliki spesifikasi yang sama telahpun disahkan akan menerima kemas kini EMUI 10.

Menariknya baru-baru ini ada seorang pengguna di Twitter telah mengajukan soalan ke HUAWEI Mobile UK berhubung status penerimaan kemas kini tersebut. Menurut mereka walaupun HONOR Play tidak tersenarai sebagai peranti yang telah disahkan akan menerima kemas kini EMUI 10, ia bukanlah keputusan yang muktamad buat masa ini.

Baca juga:

HONOR Play Disahkan Tidak Akan Menerima Kemas Kini EMUI 10 Berasaskan Android 10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend