Pendaftaran Kemas Kini EMUI 10.1 Beta Untuk Siri Mate 30 Dan Siri P30 Di Malaysia Kini Dibuka Comments Off on Pendaftaran Kemas Kini EMUI 10.1 Beta Untuk Siri Mate 30 Dan Siri P30 Di Malaysia Kini Dibuka

Serentak dengan pelancaran siri P40, HUAWEI turut memperkenalkan kemas kini baharu iaitu EMUI 10.1 yang menawarkan pelbagai fungsi menarik. Antaranya termasuklah fungsi Multi-Window dengan sokongan ciri ‘drag & drop’.

Menariknya baru-baru ini HUAWEI telahpun mengumumkan ketersediaan pendaftaran kemas kini EMUI 10.1 versi beta untuk siri Mate 30 dan juga siri P30 untuk pengguna global.

Berdasarkan percubaan kami, untuk model HUAWEI P30 hanya dibuka untuk 300 peserta sahaja. Jadi kami sarankan hanya peserta yang betul-betul layak sahaja mengambil peluang ini untuk mengujinya.

Fasa pengujian EMUI 10.1 versi beta ini akan berakhir sehingga 12 Mei 2020, dan bagi yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada peserta untuk mengujinya, anda boleh berbuat demikian dengan memuat turun aplikasi Beta Friendly User Test.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend