Pencetak Epson ‘High-Capacity Ink Tank Inkjet’ Telah Mencapai Jualan Kumulatif Global Cecah 40 Juta Unit Comments Off on Pencetak Epson ‘High-Capacity Ink Tank Inkjet’ Telah Mencapai Jualan Kumulatif Global Cecah 40 Juta Unit 107

Seiko Epson Corporation hari ini mengumumkan telah berjaya mencapai angka jualan kumulatif global mencecah 40 juta unit untuk pencetak model ‘Epson High-Capacity Ink Tank Inkjet’. Diperkenalkan buat pertama kalinya pada Oktober 2010 di Indonesia, pencetak Epson ini telah berjaya diperluaskan jualannya di lebih 150 buah negara pada 2018 yang lalu.

Berikutan kejayaan jualan yang sangat memberangsangkan ini, Epson telah merancang untuk menjual sebanyak 10.2 juta pencetak ‘high-capacity ink takn inkjet’ dalam fiskal tahun 2019, iaitu peningkatan 13% berbanding fiskal tahun sebelumnya. Ini secara tidak langsung¬†dijangka menyumbang kira-kira 64% daripada jumlah jualan pencetak inkjet di Epson.

Baca juga:

Epson Lancar Projektor Laser 3LCD Terkecil Di Dunia Pada Harga RM3999

Epson Lancar Dua Model Projektor 4K PRO-UHD Dengan Sokongan HDR – Harga Daripada RM9,800

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend