Penampilan Rekaan Fizikal Huawei Mate X Dengan Sokongan Rangkaian 5G Comments Off on Penampilan Rekaan Fizikal Huawei Mate X Dengan Sokongan Rangkaian 5G 290

Sebelum ini khabar angin mengenai telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat keluaran Huawei sering diperkatakan di Internet, dan kini rekaan inovasi itu telah berjaya realiti dengan pelancaran Huawei Mate X dalam acara MWC 2019. Tidak dinafikan lagi Huawei bukanlah pengeluar yang pertama tampil dengan rekaan skrin boleh lipat ini, tetapi apa yang membuatkannya lebih istimewa adalah sokongan rangkaian 5G yang  pertama di dunia untuk peranti sebegini.

Dijadualkan akan dijual bermula pertengahan tahun 2019 nanti, harga jualan Huawei Mate X bukanlah mampu dimiliki oleh semua orang kerana untuk permulaan ini ia akan ditawarkan pada harga €2,299 (kira-kira RM10,616). Jadi sementara menantikan kemunculannya, kita lihat dulu rekaan Huawei Mate X ini…

Spesifikasi:

  • EMUI 9.1.1 (berasaskan Android 9 Pie)
  • Dwi slot hibrid (nano SIM + nano SIM / kad NM)
  • 2G / 3G / 4G / 5G Multi-mode
  • Kirin 980 (7nm) + Balong 5000
  • CPU: 2x Cortex-A76 2.6 GHz + 2x Cortex-A76 1.92 GHz + 4x Cortex-A55 1.8 GHz
  • GPU: Mali-G76
  • NPU: Neural Network Processing Unit
  • 8GB + 512GB (sokong kad NM sehingga 256GB)
  • Skrin dilipat: 6.6 inci OLED 2480 x 1148 piksel (panel depan) / 6.38 inci OLED 2480 x 892 piksel (panel belakang)
  • Skrin dibuka: 8 inci OLED 2480 x 2200 piksel
  • Kamera LEICA: 40MP (Wide Angle Lens) + 16MP (Ultra Wide Angle Lens) + 8MP (Telephoto)
  • 802.11ac, Bluetooth 5.0, USB Type-C 3.1, NFC
  • Gravity sensor, Ambient light sensor, Proximity sensor, Gyroscope, Compass, Hall sensor, Barometer, Infrared sensor, Colour temperature sensor, Fingerprint sensor
  • 4500 mAh (Huawei SuperCharge 55W)
  • Ukuran dilipat: 78.3 x 161.3 x 11mm
  • Ukuran dibuka: 146.2 x 161.3 x 5.4mm
  • Berat: 295g
  • Pilihan warna: Interstellar Blue

Panel skrin depan

Apabila dilipat, Huawei Mate X boleh digunakan seperti telefon pintar biasa dengan sokongan panel skrin 6.6 inci OLED beresolusi 2480 x 1148 piksel.

Panel skrin belakang

Memandangkan cara lipatan skrin pada Huawei Mate X dibuat dengan melipat skrin ke belakang, panel belakangnya turut tersedia dengan paparan skrin berukuran 6.38 inci OLED (2480 x 892 piksel). Bahagian ini turut tersedia dengan tiga kamera LEICA dengan resolusi  40MP (Wide Angle Lens) + 16MP (Ultra Wide Angle Lens) + 8MP (Telephoto).

Panel skrin dalam mod tablet

Panel skrin OLED berukuran 8 inci dengan resolusi 2480 x 2200 piksel menawarkan pengalaman mirip seperti menggunakan sebuah tablet konvensional.

Sensor pengimbas cap jari

Sensor pengimbas cap jari ditempatkan pada sisi kiri kerangka dan di bahagian atas sensor itu turut disediakan dengan butang fizikal untuk melaras suara.

Port USB-C dan speaker

Bahagian ini telah menempatkan speaker dan juga sebuah port USB Type-C. Menariknya masa pengecasan bateri berkapasiti 4500 mAh terasa sangat pantas dengan sokongan Huawei SuperCharge 55W yang merupakan teknologi pengecasan terpantas di dunia buat masa ini.

Kerangka nipis

Ketika digunakan dalam mod telefon pintar biasa, Huawei Mate X memiliki ketebalan mencecah sehingga 11mm. Namun apabila digunakan dalam mod tablet, ia hanya setebal 5.4mm sahaja. Lipatan skrin ini menggunakan rekaan engel yang dikenali sebagai Falcon Wing Mechanical Hinge.

Paparan aplikasi dalam mod tablet

Bukaan lipatan skrin pada Huawei Mate X menjanjikan pengalaman penggunaan penuh sebuah tablet. Bahkan ia boleh dianggap lebih menarik kerana sokongan bezel yang lebih kecil pada keliling skrin berbanding tablet konvensional.

Fungsi ‘Split-screen’

Penggunaan Huawei Mate X dalam mod tablet juga menjanjikan fungsi split-screen yang lebih praktikal kerana ia tersedia dengan fungsi ‘drag and drop’.

Tonton video komersial Huawei Mate X:

Baca juga:

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend