Penampilan Mengejut LG V35 ThinQ Menampakkan Sokongan Skrin Penuh Tanpa Takuk Comments Off on Penampilan Mengejut LG V35 ThinQ Menampakkan Sokongan Skrin Penuh Tanpa Takuk

Baru sahaja LG G7 ThinQ dilancarkan secara rasmi, hari ini telah tertiris satu lagi peranti flagship terbaru dari LG iaitu model V35 ThinQ yang sebelum ini hanya sekadar diketahui melalui perkongsian dari pemilik akaun Twitter iaitu Evan Blass. Pendedahan rekaan LG V35 ThinQ ini telah dikongsikan secara eksklusif oleh AndroidHeadlines selepas menerima maklumat tersebut melalui sumber yang boleh dipercayai.

Selain ketirisan reka bentuk fizikal, AndroidHeadlines turut mengesahkan sokongan spesifikasi peranti ini termasuklah sokongan dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel, paparan skrin 18:9 berukuran 6.0 inci QHD+ OLED FullVision, nisbah skrin-ke-kerangka 80%, sistem audio 32-bit Hi-Fi Quad DAC, dan juga dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) yang kini menjadi trend pengeluar.

Apa yang menariknya LG V35 ThinQ menawarkan rekaan paparan skrin tanpa takuk, tidak seperti rekaan skrin LG G7 ThinQ. Walau bagaimanapun, model ini dipercayai hanya boleh dimiliki secara eksklusif melalui telco AT&T sahaja. Berdasarkan maklumat yang diterima, ia berkemungkinan akan dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan kelabu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend