Pemuda China Yang Memperdagangkan Buah Pinggangnya Untuk iPhone Kini Terpaksa Menjalani Dialisis Seumur Hidup Comments Off on Pemuda China Yang Memperdagangkan Buah Pinggangnya Untuk iPhone Kini Terpaksa Menjalani Dialisis Seumur Hidup

Model iPhone keluaran Apple sememangnya sangat sinonim dengan bahan jenaka ‘jual buah pinggang’ berikutan harga jualannya yang agak mahal. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ia bukanlah sekadar jenaka ‘kosong’ kerana perkara itu benar-benar berlaku di China, apabila terdapat seorang pelajar berusia 17 tahun telah menjual buah pinggang miliknya di pasaran gelap semata-mata untuk mendapatkan iPhone 4.

Disebabkan tidak mampu untuk membelinya, pemuda yang kini berusia 24 tahun telah bertindak menjual buah pinggangnya pada harga CNY22,000 (kira-kira RM13,222). Memandangkan proses pembedahan dibuat oleh individu yang tidak bertauliah, prosedur yang mengikut standard yang betul, dan juga kelengkapan pembedahan yang tidak bersih, kini Xiao Wang telah dilaporkan terkena jangkitan kuman.

Disebabkan oleh itu, Wang kini terpaksa menjalani proses dialisis seumur hidupnya dan doktor juga telah menjangkakan bahawa hayat pemuda malang ini mungkin tidak akan lama. Lebih malangnya dia juga tidak boleh menikmati usia remajanya seperti pemuda lain seusia dengannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend