Pemproses Exynos 9820 Untuk Samsung Galaxy S10 Kini Sedang Dibangunkan Comments Off on Pemproses Exynos 9820 Untuk Samsung Galaxy S10 Kini Sedang Dibangunkan

Samsung baru sahaja melancarkan Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ di pasaran dengan sokongan pemproses terbaru keluarannya iaitu Exynos 9810. Sebagaimana yang dapat dilihat dengan pendekatan dari Samsung sebelum ini, Samsung Galaxy Note 9 yang akan diperkenalkan pada September tahun ini akan turut menggunakan cipset yang sama.

Siri Samsung Galaxy S9 mungkin masih boleh dianggap masih baru di pasaran, tetapi nampaknya Samsung sudahpun memulakan komitmennya untuk generasi akan datang siri tersebut iaitu Samsung Galaxy S10 sejak Januari 2018 yang lalu. Berdasarkan kepada maklumat yang didedahkan oleh individu yang boleh dipercayai di Twitter, Samsung dikatakan sedang membangunkan cipset Exynos 9820 yang akan digunakan pada Galaxy S10 pada tahun 2019 nanti.

Berdasarkan kepada perkongsian di Twitter itu, Ice Universe dikatakan turut terlibat dalam projek penghasilan Exynos 9820 dan dalam masa yang sama terlibat dengan projek Samsung yang lain seperti cip 5G dan juga Exynos 9810. Setakat ini tiada sebarang maklumat berkaitan Exynos 9820, tetapi ia mungkin akan menggunakan cipset yang berasaskan kepada proses 7nm.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend