Pemilik Xiaomi Mi A2 Di India Mula Menerima Kemas Kini Android 9.0 Pie Versi Stabil 0 545

Sekiranya anda menggemari telefon pintar keluaran Xiaomi tetapi dalam masa yang sama lebih gemar untuk menggunakan antaramuka Android asli, model Xiaomi Mi A2 merupakan pilihan yang terbaik kerana ia menggunakan platform Android One.

Semalam pemilik Xiaomi Mi A2 di India telah dilaporkan sudah mula menerima kemas kini Android 9.0 Pie versi stabil secara rasmi dengan saiz fail mencecah sehingga 1GB. Melalui kemas kini baharu itu juga, peranti ini juga turut menerima sistem keselamatan untuk bulan November 2018.

Melalui kemas kini Android 9.0 Pie ini juga pemilik Xiaomi Mi A2 akan turut menikmati fungsi baharu seperti adaptive battery dan adaptive brightness, ciri kawalan navigasi untuk skrin penuh, dan juga keupayaan pintar untuk cadangan aplikasi atau tindakan seterusnya yang berasaskan kepada konteks anda.

Beli set original Xiaomi Mi A2 di LazMall:

Xiaomi Mi A2: Generasi Kedua Android One Dari Xiaomi Kini Dikuasakan Dengan Qualcomm Snapdragon 660

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend