Pemilik Xiaomi Berpeluang Memenangi Wang Tunai RM208,950 Melalui Pertandingan ‘Xiaomi Photography Challenge’ Comments Off on Pemilik Xiaomi Berpeluang Memenangi Wang Tunai RM208,950 Melalui Pertandingan ‘Xiaomi Photography Challenge’

Bagi anda yang memiliki mana-mana model telefon pintar Xiaomi, bermula 25 Oktober yang lalu Xiaomi telah menganjurkan pertandingan penggambaran peringkat global iaitu ‘Xiaomi Photography Challenge’. Anda hanya perlu mengambil gambar menggunakan telefon pintar keluaran Xiaomi untuk berpeluang memenangi wang tunai berjumlah USD50,000 (RM208,950).

Pertandingan yang diadakan untuk tahun kedua ini memfokuskan penggambaran yang bertemakan ‘Ordinary | Extraordinary’. Untuk menyertainya, peserta hanya perlu mengambil gambar keunikan dalam kehidupan seharian dalam empat kategori berbeza seperti berikut:

  • Natural looks (Portrait)
  • Piece of the World (Landscapes and ‘big’ scenes)
  • Dreamscape (Light in the Darkness)
  • Why So Serious? (Creative photos)

Saringan gambar akan diadili oleh panel juri profesional termasuklah ahli Magnum Photos iaitu Gueorgui Pinkhassov dan Jerome Sessini, serta akan disertai oleh Wang Xiang (Naib Presiden Senior Xiaomi), Manu Jain (Pengarah Urusan dan Naib Presiden Xiaomi India).

Pemenang pertandingan ini akan dipilih oleh Mi Fans melalui undian berdasarkan 100 gambar terbaik, bermula 27 November hingga 6 Disember nanti.

Anda boleh menyertai pertandingan ini di https://event.mi.com/en/photography2018

Antara hasil gambar yang diambil menggunakan peranti Xiaomi oleh peserta pertandingan:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend