Pemilik Siri HUAWEI P30 Dan Siri Mate 20 Di Eropah Mula Terima Kemas Kini EMUI 10 Versi Stabil Comments Off on Pemilik Siri HUAWEI P30 Dan Siri Mate 20 Di Eropah Mula Terima Kemas Kini EMUI 10 Versi Stabil 189

Pemilik model HUAWEI P30 dan P30 Pro di Eropah dilaporkan sudah mula menerima kemas kini EMUI 10 versi stabil bermula hari ini. Menariknya, pemilik siri HUAWEI Mate 20 yang sebelum ini dijangka akan menerima kemas kini tersebut antara pertengahan hingga hujung bulan November 2019 turut menerimanya secara rasmi.

Kemas kini EMUI 10 untuk siri P30

Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10 versi stabil ini akan diterima secara OTA (Over-The-Air) melalui aplikasi HiCare pada telefon pintar.

Kemas kini EMUI 10 untuk siri Mate 20

Tampil dengan fail kemas kini mencecah sehingga 4.5GB, EMUI 10 untuk siri P30 dan siri Mate 20 ini menampilkan pembaharuan pada antaramuka, termasuklah mod gelap menyeluruh, susun atur UI magazine-style, sistem warna UI Morandi dan banyak lagi. Namun berdasarkan log perubahan, ia turut menyatakan bahawa terdapat aplikasi perbankan yang tidak menyokong Android 10 buat masa ini.

Baca juga:

EMUI 10 Versi Stabil Untuk Siri P30 Dan Siri Mate 20 Akan Mula Diterima Pertengahan Bulan Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend