Pemilik Samsung Galaxy A7 (2017) Di Vietnam Sudah Mula Terima Kemas Kini Android Oreo Comments Off on Pemilik Samsung Galaxy A7 (2017) Di Vietnam Sudah Mula Terima Kemas Kini Android Oreo

Samsung sebelum ini dikatakan akan memperkenalkan kemas kini Android Oreo untuk Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 edge bermula pertengahan bulan Mei ini. Tetapi nampaknya siri Galaxy A iaitu model Samsung Galaxy A7 (2017) terlebih dahulu menerima kemas kini tersebut bermula hari ini.

Walau bagaimanapun, kemas kini Android Oreo untuk Samsung Galaxy A7 (2017) ini hanya tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna di Vietnam sahaja. Kemas kini terbaru untuk build number A720FXXU3CRD3 ini turut membawakan Android security patch untuk bulan April 2018. Memandangkan saiz fail kemas kini untuk Samsung Galaxy A7 (2017) ini mencecah sehingga 1.3GB, penggunaan Internet yang stabil adalah sangat penting.

Untuk melihat sama ada peranti anda turut menerima kemas kini Android Oreo ini, anda boleh berbuat demikian secara manual dengan mengakses Settings dan diikuti dengan menu Software update.

Sumber: sammobile

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend