Pemilik Samsung Galaxy A30 Di India Mula Menerima Kemas Kini Rasmi One UI 2 Berasaskan Android 10 Comments Off on Pemilik Samsung Galaxy A30 Di India Mula Menerima Kemas Kini Rasmi One UI 2 Berasaskan Android 10

Kemas kini: Samsung Galaxy A50 juga turut dilaporkan mula terima kemas kini rasmi untuk One UI 2 berasaskan Android 10.

Akhirnya penantian untuk menyaksikan penerimaan kemas kini rasmi One UI 2 berasaskan Android 10 untuk model Samsung Galaxy A30 telahpun terjawab, apabila pemilik peranti itu di India dilaporkan sudah mula menerimanya.

Melalui fail kemas kini sebesar 1.48GB, kemas kini One UI 2 dalam versi A305FDDU4BTB3 / A305FODM4BTB3 / A305FXXU4BTA3 untuk Galaxy A30 ini turut didatangkan dengan tampalan keselamatan untuk bulan Februari 2020.

Antara fungsi baharu yang diperkenalkan termasuklah sokongan mod gelap, ikon aplikasi yang lebih jelas dengan sistem warna baharu, animasi lebih lancar, dilengkapi sistem kawalan navigasi skrin penuh, ciri Digital Wellbeing dan banyak lagi.

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend