Pemilik Samsung Galaxy A3 (2017) Melaporkan Isu ‘Reboot’ Dan ‘Bootloop’ Selepas Kemas Kini Android Oreo Comments Off on Pemilik Samsung Galaxy A3 (2017) Melaporkan Isu ‘Reboot’ Dan ‘Bootloop’ Selepas Kemas Kini Android Oreo

Samsung Galaxy A3 (2017) telah diperkenalkan pada Januari 2017 yang lalu dengan dioperasikan oleh Android 6.0.1 Marshmallow. Kini selepas lebih kurang setahun ia berada di pasaran, kemas kini terbaru Android 8.0 Oreo sudahpun boleh dimuat turun pada peranti ini.

Namun berdasarkan daripada perkongsian pemilik Samsung Galaxy A3 (2017) yang sudahpun memasang kemas kini tersebut pada peranti milik mereka, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa peranti itu berhadapan dengan beberapa isu. Melalui laporan yang dikongsikan di dalam komuniti Samsung di US, peranti mereka langsung tidak boleh digunakan kerana sentiasa ‘reboot/restart’ tanpa henti atau ‘bootloop’.

Menurut mereka, isu ini terjadi selepas mereka cuba menyambungkan peranti berkenaan pada rangkaian WiFi dan rata-rata daripada mereka yang terlibat menggunakan Samsung Galaxy A3 (2017) model SM-A320FL.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend