Pemilik Samsung Galaxy A10s Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Android 10 Comments Off on Pemilik Samsung Galaxy A10s Di Malaysia Mula Terima Kemas Kini Android 10

Samsung Galaxy A10s telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan Ogos 2019 yang lalu, dan telah dijual pada harga RM529. Ditawarkan dalam warna hijau, hitam dan merah, Galaxy A10s telah dioperasikan dengan Android 9.0 Pie.

Hari ini pemilik Galaxy A10s di negara ini sudahpun dilaporkan mula menerima kemas kini One UI 2.0 berasaskan Android 10. Kemas kini versi A107FXXU5BTCB ini turut menawarkan sokongan tampalan keselamatan Google untuk bulan Mac 2020.

Galaxy A10s didatangkan dengan skrin 6.2 inci PLS LCD HD+, dikuasakan dengan cipset Helio P22, memori 2GB + 32GB, dwi kamera 13MP + 2MP, kamera depan 8MP, dan juga bateri berkapasiti 4000mAh.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend