Pemilik Peranti Huawei Yang Menyertai Program Beta Android 9.0 Akan Terima Kemas Kini Bermula 16 Oktober Comments Off on Pemilik Peranti Huawei Yang Menyertai Program Beta Android 9.0 Akan Terima Kemas Kini Bermula 16 Oktober

Sebagaimana yang telah kami kongsikan pada minggu lepas, pemilik peranti Huawei yang terpilih seperti P20 Pro dan juga Mate 10 Pro sudah boleh menyertai program beta Android 9.0.

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada peserta yang telah berdaftar untuk menyertai program ini, pihak Huawei telah mengesahkan bahawa kemas kini untuk Android 9.0 versi beta ini akan mula diterima secara berperingkat bermula pada minggu hadapan iaitu 16 Oktober. Jika dilihat pada tarikh ini, ia merupakan hari yang sama Huawei akan melancarkan siri Mate 20 yang turut dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0.

Malah aplikasi Beta yang sebelum ini digunakan untuk tujuan pendaftaran program beta ini juga turut menerima kemas kini baharu bermula semalam. Melalui kemas kini untuk aplikasi Beta ini, ia telah menerima antaramuka yang telah diperbaharui bagi memudahkan peserta program ini untuk menghantar laporan berhubung isu yang dihadapi.

Ciri-ciri baharu pada EMUI 9.0 (Android 9.0):

  • Dioptimumkan untuk pengoperasian sebelah tangan
  • Antaramuka Settings dipermudahkan bagi mengelakkan terlalu banyak sub-menu
  • Aplikasi kini 12.9% lebih cepat untuk dibuka
  • Kaedah menyimpan senarai kata laluan yang lebih selamat menggunakan pengecaman wajah atau pengimbas cap jari
  • GPU Turbo 2.0 yang menjanjikan skrin sentuh yang lebih responsif, peningkatan sambungan rangkaian, dan penambahbaikan kawalan sentuhan
  • HiVision dengan bantuan kamera boleh mengenal pasti mercu tanda utama dan lukisan sentuhan seniman terkenal
  • Digital Balance Dashboard mampu membantu anda memantau metrik pengunaan dan membolehkan setiap aplikasi dihadkan penggunaannya
  • Sistem navigasi skrin yang kini menggunakan gerakan kawalan pada skrin

Sertai program Android 9.0 Pie dengan memuat turun aplikasi BETA

Miliki model ini di kedai atas talian rasmi Huawei Malaysia sekarang:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend