Pemilik Peranti HUAWEI P20 Dan P20 Pro Di Beberapa Negara Sudah Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.1 Comments Off on Pemilik Peranti HUAWEI P20 Dan P20 Pro Di Beberapa Negara Sudah Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.1 597

Pada bulan lepas, pemilik siri HUAWEI Mate 20 dan beberapa model terpilih keluaran HUAWEI di Malaysia telahpun menerima kemas kini EMUI 9.1 secara rasmi. Malah HUAWEI Malaysia juga telah mengesahkan bahawa bulan Julai ini bakal menyaksikan lebih banyak perantinya yang akan menerima kemas kini baharu tersebut, dan ini termasuklah siri HUAWEI P20.

Menariknya hari ini portal HuaweiCentral telahpun melaporkan bahawa pemilik HUAWEI P20 dan juga P20 Pro di beberapa buah negara sudahpun mula menerima kemas kini EMUI 9.1 dengan tampalan keselamatan Android untuk bulan Julai 2019. Ketersediaan kemas kini ini dikatakan akan diterima di lebih banyak negara termasuklah Malaysia dalam masa terdekat ini.

Sebagaimana yang pernah kami kongsikan sebelum ini, kemas kini EMUI 9.1 ini masih dioperasikan dengan versi Android 9.0 Pie dan ia akan menampilkan antaramuka yang telah diperbaharui. Selain itu ia juga akan menawarkan fungsi GPU Turbo 3.0, sistem fail EROFS, HUAWEI Vlog dan banyak lagi.

Dapatkan diskaun, hadiah percuma, jaminan waranti 2 tahun dan banyak lagi tawaran menarik hanya di:

Baca juga:

Rasmi: HUAWEI Malaysia Umum Tarikh Ketersediaan EMUI 9.1 Untuk Semua Peranti

[Tips] Muat Turun Kemas Kini EMUI 9.1 Pada Peranti Huawei Dan Honor Menggunakan Aplikasi HiCare

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend