Pemilik Peranti Huawei Kini Sudah Boleh Muat Turun Pemain Video VLC Di Google Play Store Comments Off on Pemilik Peranti Huawei Kini Sudah Boleh Muat Turun Pemain Video VLC Di Google Play Store 219

Sebelum ini peranti Huawei telah disenarai hitamkan daripada memuat turun pemain video VLC yang dibangunkan oleh Videolabs. Ini berikutan respons negatif yang diberikan terhadap pemain video itu oleh pemilik peranti Huawei kerana berhadapan pelbagai bug dan juga ketidakstabilan, gara-gara ciri pengoptimuman bateri pada peranti Huawei dilihat terlalu agresif.

Namun selepas Huawei mengambil pendekatan untuk menyahaktifkan ciri tersebut pada peranti keluarannya, pembangun pemain video VLC dilaporkan telah mula menarik semula sekatan itu. Berdasarkan tweet yang dikongsikan oleh VideoLAN, sekatan itu telahpun ditarik semula beberapa bulan yang lepas iaitu sebaik sahaja Huawei mengatasi masalah yang menyebabkan isu itu.

Berikutan penarikan semula sekatan itu, pemilik peranti Huawei sudahpun boleh memuat turun aplikasi pemain video VLC seperti biasa di Google Play Store secara percuma.

Baca juga:

Peranti Huawei Telah Disenarai Hitam Oleh Pembangun Pemain Video Popular VLC Di Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend