Pemilik Peranti Android Oreo Mula Terima Fungsi Google Lens Secara Rasmi Comments Off on Pemilik Peranti Android Oreo Mula Terima Fungsi Google Lens Secara Rasmi

Fungsi Google Lens yang diperkenalkan pada November 2017 yang lalu sebelum ini hanya tersedia untuk peranti Google Pixel sahaja. Melalui Google Lens yang tersedia dalam Google Assistant, pemilik peranti Google Pixel boleh mendapatkan maklumat seperti nama bunga dengan hanya menghalakan kamera pada bunga tersebut. Malah ia juga turut membenarkan pengguna untuk menyalin atau membuka URL tertentu apabila kamera dihalakan pada teks.

Selepas lebih kurang 10 bulan fungsi Google Lens yang diperkenalkan dalam versi ‘preview’ pada Pixel dan Pixel 2, kini Google telah mula ‘melepaskan’ fungsi tersebut pada peranti Android Oreo secara berperingkat. Tetapi bagi memastikan anda menerimanya, aplikasi Google Photos perlulah dikemaskinikan pada versi yang paling baru.

Fungsi Google Lens ini juga dikatakan akan turut diperkenalkan pada peranti iOS pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend