Pemilik Peranti Android Kini Boleh Memantau Masa Tontonan Video Di YouTube Comments Off on Pemilik Peranti Android Kini Boleh Memantau Masa Tontonan Video Di YouTube

Google sebelum ini telah memperkenalkan fungsi baharu untuk ekosistem Android yang dikenali sebagai Digital Wellbeing di dalam acara Google I/O. Dengan adanya fungsi ini, pengguna boleh memantau masa penggunaan telefon pintar, aplikasi dan juga fungsi yang disokong oleh peranti Android.

Hari ini fungsi itu telah diperluaskan lagi pada aplikasi YouTube untuk peranti Android yang membolehkan pengguna memantau tempoh masa yang telah dihabiskan oleh mereka dengan menonton video pada aplikasi tersebut. Untuk mengakses fungsi tersebut, pengguna hanya perlu klik pada menu Account dan diikuti dengan menu Time watched.

Melalui menu ini, pengguna boleh melihat semula berapa jam yang telah dihabiskan untuk menonton video YouTube pada hari itu, semalam, minggu lepas dan juga purata masa tontonan yang telah diambil. Bagi memastikan anda tidak terus leka menonton video di YouTube, pengguna boleh mengaktifkan fungsi peringatan berdasarkan durasi masa yang telah ditetapkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend