Pemilik Nokia 7 Plus Kini Mula Menerima Kemas Kini Android 9 Pie Secara Berperingkat-peringkat Comments Off on Pemilik Nokia 7 Plus Kini Mula Menerima Kemas Kini Android 9 Pie Secara Berperingkat-peringkat 743

HMD Global sebelum ini telah berjanji menawarkan kemas kini Android 9 Pie untuk Nokia 7 Plus pada bulan September. Namun disebabkan oleh isu pensijilan pada platform itu, kemas kini itu terpaksa ditunda dan ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati pemilik peranti tersebut. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk di HMD Global, melalui akaun Twitter miliknya.

Akhirnya penantian pemilik Nokia 7 Plus untuk menerima kemas kini Android 9 Pie telah terjawab selepas Nokia Mobile telah mengumumkan ketersediaan kemas kini tersebut bermula hari ini. Sungguhpun begitu, penawaran Android 9 Pie ini akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Android 9 Pie untuk Nokia 7 Plus telah menawarkan lima fungsi utama iaitu:

  1. Do Not Disturb – mampu menyekat kemasukan notifikasi
  2. Dashboard – memantau masa yang diluangkan pada aplikasi tertentu
  3. Adaptive Battery – menyekat penggunaan bateri pada aplikasi yang jarang digunakan
  4. Gesture Navigation – kawalan peranti menggunakan navigasi pada skrin
  5. Adaptive Brightness – tahap keterangan skrin akan dilaraskan secara automatik bergantung kepada aktiviti dan pencahayaan

Kemas kini Android 9 Pie untuk Nokia 7 Plus turut menyokong aplikasi kamera versi 9.0 yang diperbaharui dengan antaramuka baharu, serta diintegrasikan dengan Google Lens. Hadir dalam versi 3.22C, kemas kini ini memiliki saiz fail yang agak besar iaitu mencecah sehingga 1471.3MB.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend