Pemilik Nokia 7.1 Dan Xiaomi Mi A2 Lite Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 9.0 Pie Comments Off on Pemilik Nokia 7.1 Dan Xiaomi Mi A2 Lite Mula Menerima Kemas Kini Rasmi Android 9.0 Pie

Melalui akaun Twitter milik Juho Sarvikas selaku Ketua Pegawai Produk di HMD Global, beliau telah mendedahkan bahawa pemilik model Nokia 7.1 kini telahpun mula menerima kemas kini Android 9.0 Pie. Menurutnya lagi, kemas kini rasmi versi global ini walau bagaimanapun akan diberikan secara berperingkat-peringkat.

Fail kemas kini Android 9.0 Pie untuk Nokia 7.1 ini memiliki saiz mencecah 1.3GB dan ia akan membawakan beberapa pembaharuan seperti sistem navigasi skrin penuh, adaptive brightness, dan juga sistem keselamatan Android untuk bulan November.

Manakala pemilik Xiaomi Mi A2 Lite juga baru-baru ini telah dilaporkan mula menerima kemas kini rasmi Android 9.0 Pie, dan perkara ini telah disahkan melalui perkongsian screenshots oleh ahli XDA Developers yang berasal dari Poland. Dengan saiz kemas kini sebesar 1GB, kemas kini ini turut menawarkan pembaharuan sama seperti Nokia 7.1. Lebih menariknya ia turut didatangkan dengan sokongan aplikasi baharu iaitu radio FM.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend